Thursday, 9 February 2012

Kenapa Mesti Iri Hati

Sebelum ni post aku cuma berkisar tentang kehidupan keluarga sahaja tapi kali ni nak beralih kepada sesuatu yang lebih serius. Harap2 boleh dikongsi dan dijadikan panduan buat semua. Tapi sebelum meneruskan penulisan ni ingin saya tegaskan bahawa penulisan ini bukannya untuk menyinggung perasaan sesiapa dan tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. selain hanya bertujuan untuk berkongsi sesuatu baik.. tiada siapa yang pernah lari dari perasaan dengki atau iri hati termasuk aku sendiri.. terpulang pada individu iri hati jenis apa yang dirasa.. hehe..dengki pun ada jenis juga ke? jom kita baca...

 jom tengok apa definisi bagi iri hati ni..

iri hati - merasa kurang senang hati melihat kelebihan orang lain (beruntung dsb); cemburu; sirik; dengki

atau definisi yang lebih jelas pulak..

sifat hati yang buruk dan keji yang mana seseorang itu berhasrat atau berharap atau bercita-cita supaya suatu nikmat atau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain akan lenyap, sama ada dalam masa terdekat atau lambat. Antara lain juga seseorang yang mempunyai perasaan dengki atau irihati tersebut berharap nikmat dan kejayaan yang dicapai oleh orang lain akan berpindah atau ia yang memperolehinya[1] atau mereka sama-sama tidak memperolehinya.
Contohnya dalam aspek ekonomi, sosial, politik, harta benda, pangkat, peluang pekerjaan dan lain-lain. Hal ini juga bercanggah dengan tuntutan syariat Islam supaya kita saling hormat-menghormati, khususnya seseorang muslim itu hendaklah mengasihi muslim yang lain seperti mengasihi dirinya sendiri, bukan berusaha untuk merosakkan atau seronok melihat seseorang itu menderita.

Nak baca dengan lebih jelas buka blog ni.. boleh baca sampai faham.

http://125zdam1330.blogspot.com/2009/03/hadith-hukum-dengki-yang-diharuskan.html
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

  1. Buruk sangka
  2. Hasad dengki
  3. Takut sial kerana sesuatu

         Setuju sangat ngan hadis ni.. sebab tu aku tertarik untuk menulis tentang salah satu sifat diatas. Sememangnya, manusia ni tak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya sendiri.. yang peliknya, orang lain dia tak kisah.. tapi dia kisahkan orang yang rapat dengannya.. contohnya adik beradik, ipar, sahabat karib ataupun saudara mara yang rapat. sebab tu bila tengok drama atau filem bila seseorang yang disantau atau dikhianati.. ending cerita tu kita dapat tahu pelakunya kalau bukan saudara sendiri mesti kawan karib.. kenapa? sebab iri hati kerana.. mungkin orang tu lebih berjaya atau bahagia daripada dirinya sendiri.. ni andaian aku sahaja..

       Bohong sangatlah kalau aku kata hati ni xpernah iri hati.. Aku mengaku kadangkala ada rasa iri hati dengan orang lain.. mereka punya wang yang banyak, gaji besar, rumah besar, bebas melancong ke sana sini dan boleh beli semua yang mereka suka.. namun, menyimpan rasa iri hati memang pahit sekali.. membuatkan hati ini rasa tidak tenang dan mula membenci seseorang.. namun begitu, cepat2 aku beristigfar berulang kali.. cuba memandang pula pada diri sendiri dan berfikir.. 'aku pun apa kurangya.. aku ada rumah walaupun tidak besar dan tak perlu menyewa macam orang lain.. kereta ada 2, kerja elok dan menjamin masa depan, gaji pun cukup dan tak pernah lagi keluargaku kebuluran atau sampai berhutang dengan orang lain, aku punya suami yang baik dan bertaggungjawab terhadap keluarga, anak-anak aku sihat semuanya..aku juga boleh melancong kalau aku nak(kalau x busylah, sbb keja cikgu ni memang bz.. sabtu kena datang LADAP, cuti sekolah plak kena standby ajar kelas tambahan) , perabot-perabot dan barang-barang di rumah aku juga semuanya lengkap malah berlebih sampai tak tahu mana nak simpan'.. di situ aku sedar, timbul rasa syukur dan alhamdulilah.. Setiap manusia telah dikurniakan Allah dengan rezeki masing.. mengapa perlu iri hati dan membenci?..

Sebenarnya, kita memang diharuskan untuk berasa iri hati tapi ada caranya.. baca hadis di bawah;
Hadith dan Terjemahan
عن عبد الله ابن مسعود رضي الله عنـــه قـــال سمـــعت النبي صلـــي الله عليـــه وســـلم يقـــول لاحســـد ألافـــي اثنتين رجل اتاه الله مالا فســـلطه علـــي هلكتـــه فـــي الحق ورجـــل اتـــاه الله حكمـــة فـــهو يقضـــي بـــها ويعلمـــها.
Maksudnya :
“ Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidak ada perasaan irihati atau dengki (dengki yang diharuskan) kecuali dalam dua pekara : Pertama, dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan harta benda, lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan. Kedua, dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh allah s.w.t. dengan hikmat (kecerdasan dan ilmu pengatahuan) dan mengajarkannya “. [3]
Tak reti nak jelaskan dengan lebih detail tapi yang aku faham.. kita diharuskan berdengki dengan seseorang yang dikurniakan Allah dengan nikmat rezeki kemudian menggunakan nikmat itu dengan melakukan amal kebajikan seperti bersedekah.. jadi bila tengok orang lain bersedekah, kita iri hati dan turut ingin bersedekah.. tapi niat kena ikhlaslah.. jgn bersedekah hanya untuk menunjuk-nunjuk.. kedua dengki dengan seseorang yang dikurniakan Allah kepandaian dan kecerdikan dan menggunakan kecerdikan itu untuk mengajar orang lain.. jadi bila tengok orang lain cerdik, kita pun nak jadi cerdik agar boleh berbakti kepada masyarakat.. kan bagus tu..
Dengki atau iri hati ni juga dijadikan asas motivasi serta menggalakkan persaingan yang sihat. Contohnya kita berasa iri hati terhadap rakan sekerja kerana dianugerahkan pingat cemerlang kerana usaha dan kerajinannya, secara tidak langsung kita juga turut berusaha dan bekerja lebih kuat agar kita juga mendapat anugerah tersebut di masa akan datang.. 
Kadang-kadang kita ni pun satu.. pernah tak terfikir mengapa orang dengki dan benci dengan kita.. Masyaallah.. aku pun baru sedar kalu tak mak aku yang sedarkan aku.. suatu hari, aku terbaca status seseorang yang benar-benar mmengguris hati aku.. aku tau status tu ditujukan untuk aku ( macamana aku tau? aku memang tau).. puas aku berfikir.. apa salah aku.. kenapa ada orang yang tak suka pada aku..? akhirnya aku menangis.. seharian aku menangis.. mak datang pada aku, aku ceritakan segalanya pada mak.. mak minta aku bersabar.. katanya, biarlah orang nak kata apa tentang kita.. asalkan kita tahu niat sebenar kita baik.. kalau ada kekurangan, boleh diperbaiki dan kalau ada kelebihan janganlah sekali-kali kita menunjuk atau dedahkan pada orang lain.. kita tak tau apa yang orang fikirkan tentang kita.. satu kenyataan memberi pelbagai tafsiran.. walaupun niat kita hanya untuk brkongsi kejayaan dan kegembiraan.. ada orang akan tafsirkan secara baik.. dan ada juga orang akan anggap kita sengaja mahu menunjuk-nunjuk, berlagak atau atau mahukan perhatian.. mendengar kata-kata mak.. baru aku teringat status aku dalam Facebook akhir2 tu.. subhanallah.. melampaukah aku?.. mungkin terlalu gembira atau exited sampai terbawa2.. Mulai hari tu, kata-kata mak aku jadikan panduan.. apa yang berlaku aku jadikan pengajaran.. semoga kesalahan lepas tidak akan aku ulangi lagi.. daripada menulis sesuatu yang menimbulkan tafsiran riak
(walaupun aku bukan begitu) lebih baik berkongsi sesuatu yang lebih berfaedah dan berilmu buat semua.. alhamdulillah.. sejak itu tenang sangat hati ini.. semoga Allah merestui perubahan yang ingin aku lakukan.. Amin..

No comments:

Post a Comment