Happy belated birthday buat anak perempuanku.. Farrisha Emillia binti Syahrill yang baru sahaja menggenapkan umurnya kepada 4 tahun.. mungkin sudah terlambat untuk aku menulis dalam blog ni sebab hari lahir isha 5 hari bulan dan ketika aku menulis blog ni dah pukul 12.15am 6hb Febuari.. terlalu sibuk dengan aktiviti seharian sampai terlupa untuk buat laporan dalam blog.. hihi.. tapi x bermakna aku juga juga terlupa untuk wish selamat hari jadi pada anak perempuan aku yang comel ni.. pagi2 lagi aku dah ucapkan selamat hari jadi padanya.. dalam tangisan.. huhu..
Mengapa pulak dalam tangisan.. actually terlalu banyak benda yang berlaku pada hari ini.. yelah.. xde manusia yang tidak pernah ditimpa masalah.. cuma pandai2lah nak selesaikan masalah tu..
Tak ada birthday party besar2an seperti tahun lepas untuk Isha pada kali ni.. mungkin budget semua dah lari utk bayar deposit alza.. walaubagaimanapun, hari yg menggembirakan ni tetap diraikan walau dalam jamuan yang kecil.. dengan hidangan nasi ayam dan sebuah kek yang kecil, serta dengan kehadiran keluarga Puan Rizliana Jamnul tercapai juga hajat untuk meraikan hari jadi Isha.. aku berdoa semoga isha panjang umur dan menjadi anak yang taat dan baik hati..
kenapa pulak ya tajuk di atas x bertepatan langsung dengan entry.. haha.. sebenarnya begini ceritanya.. orang lain yang sambut hari jadi, orang yang lain pulak yang sibuk nak tiup lilin dan potong kek.. Mikhail memang macam tu.. dalam setahun hari jadi dia sahaja nak kena sambut sampai 5,6 kali.. bila dia teringin sangat nak sambut hari jadi.. terpaksalah beli kek untuk dinyalakan lilin dan ditiup olehnya.. siap nyanyi lagu happy birthday lagi.. saja layan nak bagi dia puas hati.. selagi ada rezeki sambutlah berapa kali Mikhail nak sambut hari jadi..
Tapi hari ni xbolehlah Mikhail nak sambut hari jadi sebab hostnya dah ada.. bagi can utuk Isha plak untuk tiup lilin setahun sekali.. so, terpaksa permintaannya x dilayan.. mungkin sebab nak sangat tiup lilin.. maka merayulah dia..
"papa, bagilah kael sambut hari jadi.. ni hari jadi kael yang terakhir,," anduk bah! kesian.. haha.. pandai pulak Mikhail ni merayu minta kesian.. haha.. rasa lucu bila Mikhail dah pandai bermain kata2 untuk mendapatkan sesuatu ang diingini..
Semalam lagi kelakar.. Mikhail nak minum air sejuk tapi saja xnak bagi.. nak bagi dia minum air masak.. tapi dia nak air oren pulak.. aduhai.. malasnya nak bancuh..
" minum jelah air masak tu Kael, lagi banyak khasiat.." kataku..
" mana ada, cikgu kata kena minum air oren.. sebab air oren ada banyak vitamin C," aduhai.. kalau dah cikgunya bercakap macam tu.. terpaksalah juga buat air oren tuk dia.. kata cikgu ni x boleh dibangkang.. sbb setakat ni semua cakap cikgu mesti diyakan sahaja.. sbb aku pun cikgu juga..
berbalik pada hari jadi terakhir Mikhail ni, aku n papa dia buat xtau je.. ingatkan habis di situ sahaja.. malamnya, sebelum tidur sempat lagi dia mengadu pada papanya..
"papa, kael rasa x sihatlah.. mungkin ini hari jadi kael yang terakhir..".. tiba-tiba rasa tersentap pula hati ni.. anak sekecil ini boleh pulak cakap macam tu.. harap2 ini cuma perasaan aku sahaja dan kata-katanya cuma kata-kata kosong.. tiba-tiba teringat pulak perangai dia kebelakangan ni.. Beria-ia nak suruh kami mengajar dia sembahyang.. aku try ajar dia baca al-fatihah dulu tapi sebutan masih pelat.. dalam hati ni berdoa, semoga tiada apa yang akan menimpa anak ni.. buat kael, mama sayangkan Kael, jangan cakap macam tu lagi.. mama x sanggup kalau ada apa2 terjadi pada Mikhail.. mama sayang kael.. Ya Allah!, kau lindungilah anak-anakku.. Amin..
No comments:
Post a Comment