Yaya, permata hatiku yang bongsu telahpun mencapai umur 2 tahun.. dan seperti biasa.. anak yang dah berumur 2 tahun bagi yang masih menyusu ibu dah boleh diajar berhenti menyusu badan ataupun sinonim bagi orang melayu "putus susu".. Bagi sesetengah ibu-ibu di luar sana tidak menjadi masalah bagi mereka kalau anak terus menyusu walaupun selepas berumur 2 tahun.. tapi bagi aku, sebagai seorang wanita yang bekerja, wajib dan terpaksa bagi aku untuk buat juga benda ni.. bukannya x kesian tapi terpaksa juga..
Tahap ketagih yaya terhadap susu badan dah sampai tahap yang aku rasa memang susah nak berhenti.. pantang tengok aku buat kerja atau tengah berkemban.. pasti nak susu badan atau dalam bahasa yang mudah yaya fahami 'nek'. 'mama, nak nek! mama, nak nek!' itu jelah perkataan yang dia tahu bila time nak menyusu.. bila tak dapat.. memang menangislah.. sampai menjerit2 dan memaksa.. yang aku x tahan.. time nak buat kerja masa tu lah juga dia nak susu.. lepas 15 minit menyusu, dia berhenti.. aku ingat bolehlah sambung buat kerja.. tapi x lama lpas tu, kurang 5 minit dia datang semula.. "mama, nak nek!' adusss!! bila nak siap kerja kalau macam ni?memang xsiaplah.. sebab tu aku malas nak bawah kerja sekolah balik ke rumah.. memang tak siap punya..
Kes ni sama macam kes isha dulu.. memang payah nak berhenti.. walaupun ketika tu aku dah mengandungkan si yaya, isha xnak juga berhenti menyusu kerana ketika tu dia baru berusia 1 tahun setengah.. macam2 benda yang aku letak pada puting, nescafe, garam, sirap dan getah pokok bakawali yang paling pahit sekalipun dia tetap tahan.. pastu termuntah2 tapi x serik2 juga.. akhirnya dia berhenti juga ketika kandungan aku 7 bulan sebab susu dah tak ada.. lega sikit hati aku masa tu tapi sekejap je.. lepas aku melahirkan yaya. isha menyambung semula ketagihannya terhadap susu ibu bila melihat adik baru menghisap susu...
lagi teruk masa tu.. asyik berebut ngan adik.. konon sayangkan adik tapi x boleh tengok adik baring sebelah mamanya.. adiknya tengah menyusu, dia pun nak menyusu.. adik hisap sebelah kanan, isha menghisap sebelah kiri.. sakit badan dibuatnya..
Dan akhirnya aku nekad untuk mengusahakan sesuatu agar keadaan ini x berterusan sehinggalah aku bertemu dengan seorang bomoh.. aku sebenarnya memang tak berapa percaya bomoh2 ni tapi inilah ikhtiar aku yang terakhir setelah banyak kali mencuba plbagai cara.. tapi, kali ni senang pulak, sekali je dia hisap terus dah xnak.. dia kata 'nek' mama ada racun.. mungkin dia x sukakan kapur yang aku letak pada puting atau memang jampi pada kapur tu berkesan..
kali ni, giliran yaya pulak.. pagi ni aku bawa yaya berjumpa seorang nenek.. yang kononnya pakar menjampi agar 'putus susu'. ini bukan bomoh yang pertama.. mula2 sekali aku bawa dia pegi jumpa seorang bomoh yang lain tapi kebetulan bomoh tu tengah sakit dan tiada di rumah kerana dibawa menantunya pergi berubat, dengar2 kerana buatan orang ( pelik juga, bomoh ni boleh mengubati penyakit orang lain tapi x boleh nak mengubati penyakit sendiri).. masa yaya kena penyakit nangis time senja dulu pun bomoh ni juga yang menjampi, jiran aku yang bawa..
bomoh yang kedua pulak x boleh nak menjampi putus susu.. kalau nak buat anak yang benci susu untuk menyusu bolehlah.. dia sendiri dah cuba untuk cucunya sendiri tapi x boleh juga.. sudahnya.. sampai berumur 4 tahun cucunya tu masih lagi menyusu.. dan akhirnya terpaksalah aku bawa yaya ni gi bomoh yang ketiga..
Bomoh ni jampi guna roti dan air.. siap ada pantang lagi... pantangnya x boleh bagi yaya menyusu.. dalam hati ni.. kalau nak but macam tu.. x pegi berjampi pun x apa.. aku memang dah puas buat macam tu.. hasilnya memang gagal lah.. mana sanggup aku melihat puteri kesayangan aku menangis2 dan menjerit untuk diberi susu... tabahkah aku menghadapinya nanti.. x boleh ke bomoh ni mjampi yaya macm yg tok bomoh yang manjampi isha dulu..
namun aku terpaksa aku juga menguatkan hati.. dalam perjalanan pulang dari rumah bomoh tu pun dia dah nak menyusu.. balik rumah dah menangis dan merayu2.. ada juga dalam 40 minit dia menangis menjerit2.. aku biarkan sahaja.. rasa kesian tapi terpaksa juga.. puas aku memujuk dan akhirnya dia tertidur.. , melihat dia teresak2 dalam buaian sambil menutup mata, hatiku menjadi sayu.. harap2 hari2 yang mendatang akan menjadi lebih mudah unuk kami.. amin..
No comments:
Post a Comment