Saturday, 25 February 2012

Koleksi Sulam Benang 2011

Hai, jumpa lagi..

selain sulam manik aku juga buat sulam benang. aku pakai benang crosstitch je.. mmg susah juga nak dapat bahan kat raub ni.. setakat ni aku jahit tuk anak2 dan diri sendiri. ada juga dua tiga orang kawan yg tempah.. tp yang ni agak mahal sikit upahnya.. sama mcm sulam manik.. manik n benang tak mahal tapi yang mahal kemahirannya sebab bukan semua orang boleh menguasai kemahiran ni.. ia memerlukan kerajinan dan ketekunan yang tinggi.. tapi kekadang aku malas juga tapi bila tengok hasilnya, mmg puas hati juga..

aku paling suka corak ni. simple n menarik.

sulam bunga ros

baju raya tahun lepas

baju seorang pelanggan

saja2 try lepas belajar kat internet

baju raya isha 2011

baju raya yaya 2011

Sulam Manik 2011.

Mesti ada ramai yang dah tahu tentang hobi aku yang satu ni.. actually, aku saja suka-suka buat benda ni.. aku suka menggembirakan orang lain hasil daripada hasil kerja tangan aku.. mula-mula buat dulu agak kekok juga. selalu salah.. dah orang kata belajar daripada pengalaman. jika kita tak putus asa, apa yang kita ingini pasti akan tercapai.. Actually koleksi ni dah lama aku upload kat Facebook tapi baru sekarang dapat share kat blog. sbb tu aku letak tajuk ' sulam manik 2011'. koleksi 2012 akan menyusul x lama lagi.. selamat melihat dan mana tau kalau2 tertarik boleh tempah tapi aku amik tempahan sekitar raub je.. jangan bimbang tentang harga sebab aku xkan caj sampai beratus tuk set lengkap sebab aku buat yng simple2 je. ;) 019- 225 9757.

sulam manik lilit mutiara

sulam manik selang seli

sulam pada baju ni aku jahit tuk anak perempuan aku masa hari raya masa tu umur dia baru setahun lebih. cumel juga dia pakai.

sulam manik bersilang mutiara di close up sikit agar nampak coraknya.

sulam bersilang mutiara. agak leceh juga nak buat an menggunakan banyak manik. sebab tu harga mahal sikit daripada yang single line yang kat leher tu.

Yang ni pulak aku buat untuk seorang kawan. yang bahagian atas tu sulam bungan tanjung 3 kelopak n bawah tu sulam lilit mutiara. agak leceh juga sbb susah nak cari manik pearl yang berwarna so terpaksa import manik dari Sabah.  
sulam bunga tanjung 4 kelopak + manik lilit pearl

Ni baju kanak-kanak yg aku jahit hari raya tahun lepas. bulna lily n sulam lilit biasa..

sulam lilit biasa

corak x-klusif aku.. bunga lima kelopak

yang ni aku xtau corak apa.. buat time tengah xde idea so aku jahit merata jelah.. mcm bunga bertabur. ala2 manik taburlah katakan.. hihi..
manik lilit pearl. cuma aku tukar susunan pearlnya supaya nampak lebih kemas.

yaang ni blum siap lagi tapi mcm ni pun bagi aku dah cantik

Ni hasil karya aku yang terakhir bagi tahun 2011. suka sangat tuan punya baju ni bila aku jahit baju ni tuk dia.

Thursday, 9 February 2012

Kenapa Mesti Iri Hati

Sebelum ni post aku cuma berkisar tentang kehidupan keluarga sahaja tapi kali ni nak beralih kepada sesuatu yang lebih serius. Harap2 boleh dikongsi dan dijadikan panduan buat semua. Tapi sebelum meneruskan penulisan ni ingin saya tegaskan bahawa penulisan ini bukannya untuk menyinggung perasaan sesiapa dan tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. selain hanya bertujuan untuk berkongsi sesuatu baik.. tiada siapa yang pernah lari dari perasaan dengki atau iri hati termasuk aku sendiri.. terpulang pada individu iri hati jenis apa yang dirasa.. hehe..dengki pun ada jenis juga ke? jom kita baca...

 jom tengok apa definisi bagi iri hati ni..

iri hati - merasa kurang senang hati melihat kelebihan orang lain (beruntung dsb); cemburu; sirik; dengki

atau definisi yang lebih jelas pulak..

sifat hati yang buruk dan keji yang mana seseorang itu berhasrat atau berharap atau bercita-cita supaya suatu nikmat atau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain akan lenyap, sama ada dalam masa terdekat atau lambat. Antara lain juga seseorang yang mempunyai perasaan dengki atau irihati tersebut berharap nikmat dan kejayaan yang dicapai oleh orang lain akan berpindah atau ia yang memperolehinya[1] atau mereka sama-sama tidak memperolehinya.
Contohnya dalam aspek ekonomi, sosial, politik, harta benda, pangkat, peluang pekerjaan dan lain-lain. Hal ini juga bercanggah dengan tuntutan syariat Islam supaya kita saling hormat-menghormati, khususnya seseorang muslim itu hendaklah mengasihi muslim yang lain seperti mengasihi dirinya sendiri, bukan berusaha untuk merosakkan atau seronok melihat seseorang itu menderita.

Nak baca dengan lebih jelas buka blog ni.. boleh baca sampai faham.

http://125zdam1330.blogspot.com/2009/03/hadith-hukum-dengki-yang-diharuskan.html
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

  1. Buruk sangka
  2. Hasad dengki
  3. Takut sial kerana sesuatu

         Setuju sangat ngan hadis ni.. sebab tu aku tertarik untuk menulis tentang salah satu sifat diatas. Sememangnya, manusia ni tak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya sendiri.. yang peliknya, orang lain dia tak kisah.. tapi dia kisahkan orang yang rapat dengannya.. contohnya adik beradik, ipar, sahabat karib ataupun saudara mara yang rapat. sebab tu bila tengok drama atau filem bila seseorang yang disantau atau dikhianati.. ending cerita tu kita dapat tahu pelakunya kalau bukan saudara sendiri mesti kawan karib.. kenapa? sebab iri hati kerana.. mungkin orang tu lebih berjaya atau bahagia daripada dirinya sendiri.. ni andaian aku sahaja..

       Bohong sangatlah kalau aku kata hati ni xpernah iri hati.. Aku mengaku kadangkala ada rasa iri hati dengan orang lain.. mereka punya wang yang banyak, gaji besar, rumah besar, bebas melancong ke sana sini dan boleh beli semua yang mereka suka.. namun, menyimpan rasa iri hati memang pahit sekali.. membuatkan hati ini rasa tidak tenang dan mula membenci seseorang.. namun begitu, cepat2 aku beristigfar berulang kali.. cuba memandang pula pada diri sendiri dan berfikir.. 'aku pun apa kurangya.. aku ada rumah walaupun tidak besar dan tak perlu menyewa macam orang lain.. kereta ada 2, kerja elok dan menjamin masa depan, gaji pun cukup dan tak pernah lagi keluargaku kebuluran atau sampai berhutang dengan orang lain, aku punya suami yang baik dan bertaggungjawab terhadap keluarga, anak-anak aku sihat semuanya..aku juga boleh melancong kalau aku nak(kalau x busylah, sbb keja cikgu ni memang bz.. sabtu kena datang LADAP, cuti sekolah plak kena standby ajar kelas tambahan) , perabot-perabot dan barang-barang di rumah aku juga semuanya lengkap malah berlebih sampai tak tahu mana nak simpan'.. di situ aku sedar, timbul rasa syukur dan alhamdulilah.. Setiap manusia telah dikurniakan Allah dengan rezeki masing.. mengapa perlu iri hati dan membenci?..

Sebenarnya, kita memang diharuskan untuk berasa iri hati tapi ada caranya.. baca hadis di bawah;
Hadith dan Terjemahan
عن عبد الله ابن مسعود رضي الله عنـــه قـــال سمـــعت النبي صلـــي الله عليـــه وســـلم يقـــول لاحســـد ألافـــي اثنتين رجل اتاه الله مالا فســـلطه علـــي هلكتـــه فـــي الحق ورجـــل اتـــاه الله حكمـــة فـــهو يقضـــي بـــها ويعلمـــها.
Maksudnya :
“ Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidak ada perasaan irihati atau dengki (dengki yang diharuskan) kecuali dalam dua pekara : Pertama, dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan harta benda, lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan. Kedua, dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh allah s.w.t. dengan hikmat (kecerdasan dan ilmu pengatahuan) dan mengajarkannya “. [3]
Tak reti nak jelaskan dengan lebih detail tapi yang aku faham.. kita diharuskan berdengki dengan seseorang yang dikurniakan Allah dengan nikmat rezeki kemudian menggunakan nikmat itu dengan melakukan amal kebajikan seperti bersedekah.. jadi bila tengok orang lain bersedekah, kita iri hati dan turut ingin bersedekah.. tapi niat kena ikhlaslah.. jgn bersedekah hanya untuk menunjuk-nunjuk.. kedua dengki dengan seseorang yang dikurniakan Allah kepandaian dan kecerdikan dan menggunakan kecerdikan itu untuk mengajar orang lain.. jadi bila tengok orang lain cerdik, kita pun nak jadi cerdik agar boleh berbakti kepada masyarakat.. kan bagus tu..
Dengki atau iri hati ni juga dijadikan asas motivasi serta menggalakkan persaingan yang sihat. Contohnya kita berasa iri hati terhadap rakan sekerja kerana dianugerahkan pingat cemerlang kerana usaha dan kerajinannya, secara tidak langsung kita juga turut berusaha dan bekerja lebih kuat agar kita juga mendapat anugerah tersebut di masa akan datang.. 
Kadang-kadang kita ni pun satu.. pernah tak terfikir mengapa orang dengki dan benci dengan kita.. Masyaallah.. aku pun baru sedar kalu tak mak aku yang sedarkan aku.. suatu hari, aku terbaca status seseorang yang benar-benar mmengguris hati aku.. aku tau status tu ditujukan untuk aku ( macamana aku tau? aku memang tau).. puas aku berfikir.. apa salah aku.. kenapa ada orang yang tak suka pada aku..? akhirnya aku menangis.. seharian aku menangis.. mak datang pada aku, aku ceritakan segalanya pada mak.. mak minta aku bersabar.. katanya, biarlah orang nak kata apa tentang kita.. asalkan kita tahu niat sebenar kita baik.. kalau ada kekurangan, boleh diperbaiki dan kalau ada kelebihan janganlah sekali-kali kita menunjuk atau dedahkan pada orang lain.. kita tak tau apa yang orang fikirkan tentang kita.. satu kenyataan memberi pelbagai tafsiran.. walaupun niat kita hanya untuk brkongsi kejayaan dan kegembiraan.. ada orang akan tafsirkan secara baik.. dan ada juga orang akan anggap kita sengaja mahu menunjuk-nunjuk, berlagak atau atau mahukan perhatian.. mendengar kata-kata mak.. baru aku teringat status aku dalam Facebook akhir2 tu.. subhanallah.. melampaukah aku?.. mungkin terlalu gembira atau exited sampai terbawa2.. Mulai hari tu, kata-kata mak aku jadikan panduan.. apa yang berlaku aku jadikan pengajaran.. semoga kesalahan lepas tidak akan aku ulangi lagi.. daripada menulis sesuatu yang menimbulkan tafsiran riak
(walaupun aku bukan begitu) lebih baik berkongsi sesuatu yang lebih berfaedah dan berilmu buat semua.. alhamdulillah.. sejak itu tenang sangat hati ini.. semoga Allah merestui perubahan yang ingin aku lakukan.. Amin..

Sunday, 5 February 2012

Harijadi Terakhir Kael..

Happy belated birthday buat anak perempuanku.. Farrisha Emillia binti Syahrill yang baru sahaja menggenapkan umurnya kepada 4 tahun.. mungkin sudah terlambat untuk aku menulis dalam blog ni sebab hari lahir isha 5 hari bulan dan ketika aku menulis blog ni dah pukul 12.15am 6hb Febuari.. terlalu sibuk dengan aktiviti seharian sampai terlupa untuk buat laporan dalam blog.. hihi.. tapi x bermakna aku juga juga terlupa untuk wish selamat hari jadi pada anak perempuan aku yang comel ni.. pagi2 lagi aku dah ucapkan selamat hari jadi padanya.. dalam tangisan.. huhu..

Mengapa pulak dalam tangisan.. actually terlalu banyak benda yang berlaku pada hari ini.. yelah.. xde manusia yang tidak pernah ditimpa masalah.. cuma pandai2lah nak selesaikan masalah tu..

Tak ada birthday party besar2an seperti tahun lepas untuk Isha pada kali ni.. mungkin budget semua dah lari utk bayar deposit alza.. walaubagaimanapun, hari yg menggembirakan ni tetap diraikan walau dalam jamuan yang kecil.. dengan hidangan nasi ayam dan sebuah kek yang kecil, serta dengan kehadiran keluarga Puan Rizliana Jamnul tercapai juga hajat untuk meraikan hari jadi Isha.. aku berdoa semoga isha panjang umur dan menjadi anak yang taat dan baik hati..

kenapa pulak ya tajuk di atas x bertepatan langsung dengan entry.. haha.. sebenarnya begini ceritanya.. orang lain yang sambut hari jadi, orang yang lain pulak yang sibuk nak tiup lilin dan potong kek.. Mikhail memang macam tu.. dalam setahun hari jadi dia sahaja nak kena sambut sampai 5,6 kali.. bila dia teringin sangat nak sambut hari jadi.. terpaksalah beli kek untuk dinyalakan lilin dan ditiup olehnya.. siap nyanyi lagu happy birthday lagi.. saja layan nak bagi dia puas hati.. selagi ada rezeki sambutlah berapa kali Mikhail nak sambut hari jadi..

Tapi hari ni xbolehlah Mikhail nak sambut hari jadi sebab hostnya dah ada.. bagi can utuk Isha plak untuk tiup lilin setahun sekali.. so, terpaksa permintaannya x dilayan.. mungkin sebab nak sangat tiup lilin.. maka merayulah dia..

     "papa, bagilah kael sambut hari jadi.. ni hari jadi kael yang terakhir,," anduk bah! kesian.. haha.. pandai pulak Mikhail ni merayu minta kesian.. haha.. rasa lucu bila Mikhail dah pandai bermain kata2 untuk mendapatkan sesuatu ang diingini..

Semalam lagi kelakar.. Mikhail nak minum air sejuk tapi saja xnak bagi.. nak bagi dia minum air masak.. tapi dia nak air oren pulak.. aduhai.. malasnya nak bancuh..

    " minum jelah air masak tu Kael, lagi banyak khasiat.." kataku..

    " mana ada, cikgu kata kena minum air oren.. sebab air oren ada banyak vitamin C,"  aduhai.. kalau dah cikgunya bercakap macam tu.. terpaksalah juga buat air oren tuk dia.. kata cikgu ni x boleh dibangkang.. sbb setakat ni semua cakap cikgu mesti diyakan sahaja.. sbb aku pun cikgu juga..

berbalik pada hari jadi terakhir Mikhail ni, aku n papa dia buat xtau je.. ingatkan habis di situ sahaja.. malamnya, sebelum tidur sempat lagi dia mengadu pada papanya..

     "papa, kael rasa x sihatlah.. mungkin ini hari jadi kael yang terakhir..".. tiba-tiba rasa tersentap pula hati ni.. anak sekecil ini boleh pulak cakap macam tu.. harap2 ini cuma perasaan aku sahaja dan kata-katanya cuma kata-kata kosong.. tiba-tiba teringat pulak perangai dia kebelakangan ni.. Beria-ia nak suruh kami mengajar dia sembahyang.. aku try ajar dia baca al-fatihah dulu tapi sebutan masih pelat.. dalam hati ni berdoa, semoga tiada apa yang akan menimpa anak ni.. buat kael, mama sayangkan Kael, jangan cakap macam tu lagi.. mama x sanggup kalau ada apa2 terjadi pada Mikhail.. mama sayang kael.. Ya Allah!, kau lindungilah anak-anakku.. Amin..

Saturday, 4 February 2012

KERETA BARU

Hai.. February come n goodbye January.. bulan yang dkira agak bermakna buat aku.. bukan apa.. suprise dapat kereta baru.. actually sayang betul ngan myVi ku tapi apakan daya cik abang teringin sangat nak beli MPV..

Cakap pasal MPV, aku suka sangat tengok kereta model Grand Livina warna putih.. memang cantik sangat.. tapi apakan daya xmampu.. Tapi, bila dapat Alza hati terasa jatuh cinta pada alza plak.. aku bawak mak round2 dengan alza baru, mak pun teringin nak suruh tira, adik bongsu aku beli alza bila posting nanti..

Kenapa nak beli Alza? sebab dah bosan ngan Isha n Mikhail yang asyik berebut kerusi belakang untuk tidur.. actually kami memang kerap travel.. jalan jauh.. kl pun kira jauh jga lah kan.. peel anak2 aku pula, bila berjalan jauh mulalah nak tidur dalam kereta.. yang tak tahannya bukan boleh berkongsi seat belakang.. masing2 dah tinggi so sorang cuma dapat separuh seat untuk tidur. terpaksa lipat kaki bila nak terbaring... bila dah terlena sorang tu mana sedar kaki dah naik atas kepala atau badan yg sorang lagi.. apa lgi, gaduhlah dorang...

sebab tu, my cik abang terfikir idea nii.. beli MPV yang ada 2 baris tempat duduk d belakang.. jd bila nak travel, sorang tido kat tengh n sorang lagi boleh bermimpi di belakang..

lagi satu, nak beli kereta mesti cari yg paling jimat minyak.. aku rasa Alza yg paling jimat.. yang lain2 aku x test lagi tapi pemanduan mmg selesa n alza ni lebih senyap dari MyVi..

Thursday, 2 February 2012

Welcome Febuary..

ermm, sedar x sedar dah masuk bulan Febuary dah pun.. dah masuk sebulan bukak sekolah.. hari2 bertambah busy.. banyak yang perlu di buat..

tahun ni GB bagi aku mengajar kelas tahun 1.. mengajar subject English n Dunia Seni Visual yang dulunyna dikenali sebagai matapelajaran pendidikan seni..

 tapi oklah, tahun ni aku rasa, pada pandangan akulah.. murid2 ok sikit berbanding tahun lepas dari segi kenakalan. yang buta huruf pun x ramai.. cuma sorang dua je.. jumlah keseluruhan murid pun x banyak, 43 orang dibahagi kepada 2 kelas. mungkin inilah tahun yang paling kurang stress bagi aku..