Monday, 17 December 2012

OH! MY YAYA..




Ni cerita pasal anak bongsu aku yang nakal dan keletah.. Namanya Farrisha Nur Aleeya tapi semua orang panggil Yaya je.. Mulanya aku nak panggil Liya tapi sebab Mak Iti nya dah start panggil Yaya maka semua orang dah terikut-ikut termasuklah aku.. tapi ok juga nama panggilan tu.. senang nak sebut.. nak panggil pun lancar.. hehe.. 20.12.2012 ni genaplah umurnya 3 tahun tapi dia bagitau orang umurnya dah 4 tahun.. hehe.. ada-ada je dia ni.. hobinya suka membebel, menari, menyanyi dan mengacau abang dan kakak. sehari kalau tak kacau orang memang tak sah.. sampaikan abang dan kakak pun dah tak tahan asyik kena kacau je ngan budak yaya ni.. tapi biasanya lepas kacau orang dia datang sendiri mengadu abang dan kakak buat dia.. dah faham sangat dah mesti dia yang mulakan dulu tapi sebab dia keci, layan jelah..

Sangat pandai berlakon.. tiap-tiap hari nak telepon atuk dan nenek.. kekadang nak cakap dengan buchu (adik aku yang paling bongsu).. bila call mesti tak tinggal dialog rindu-rinduan dia tu.." Yaya sayang nenek.. yaya rinnndu nenek.. Yaya nak balik Sabah... " samalah juga bila bercakap dengan atuk dan buchu.. cuma tukar nama je.. atuk dan neneknya pun suka sangatlah bila yaya telepon.. hari-hari nak cakap ngan yaya.. agaknya diorang suka cakap ngan yaya yang banyak idea dan boleh di bawa berbual..

Atuk dan nenek dah bayak kali minta yaya tinggal ngan diorang.. tapi berat rasanya hati ni nak lepaskan.. walaupun selalu buat orang marah.. tapi budak nilah yang selalu menggembirakan hati kami sekeluarga.. kalau yaya takde rasa sunyi sangat rumah ni.. semoga anakku yang sorang ni dapat membesar menjadi anak yang lebih ceria dan yang penting membanggakan mama dan papanya..

bersama softoy kesayangan.. 'bibek'



Aku dan Yaya


Thursday, 13 December 2012

PROJEK MEGA CUTI SEKOLAH..

Apa agaknya projek yg digembar gemburkan sangat tu kan.. hehe.. sebenarnya xdelah besar sangat projeknya cuma projek nak menyiapkan mini library aka bilik tidur yang kondusif untuk anak bujangku, Farrish Mikhail.. Almaklumlah tahun depan Mikhail dah nak melangkah ke darjah satu.. aku terfikir perlu untuk menyediakan satu ruang yang selesa untuk dia belajar dan menyiapkan kerja sekolahnya nanti.. xdelah menumpang dalam bilik Isha je..  Nampak macam simple tapi untuk menyiapkan projek mega ni banyak jugalah pulus yang habis.. bukan beratus tapi beribu-ribu.. huhu.. walaubagaimanapun, tetap puas hati bila melihat hasilnya. Semoga Mikhail gembira sebab bilik ni sebahagian dari hadiah hari jadinya yang ke 6.. :)


Ni tangga untuk naik ke bilik.. dulu pucat je ni baru sapu syelek


Antara koleksi buku dari Grolier dan Noddy

Buku baru sampai dari Ezra Sander


Koleksi buku-buku dan CD Magic English Disney dari Grolier


Tv tu my hubby beli second hand dr patient dia kat HDU.. aku cuma perlu tambah DVD player je..


Rak-rak buku yang ada

Katil kecil tu hasil kerjatangan suamiku.. tilam je yg dibeli kat Ikea...  harganya RM129


Siap sepenuhnya.. Yaya siap posing lagi.. hehe..

Wednesday, 12 December 2012

Dapat Baby.. Yeah!!!

Macam best je title story kali ni.. hehe.. buka apa.. Yaya baru dapat pregift dia sempena hari lahirnya minggu depan.. Dah lama dia nak patung baby ni.. ingatkan nak cari yang besar sikit tapi tak jumpa.. jadi terpaksa belikan aje yang ni.. harganya rm19.90 beli kat pasaraya TF..

Bukan main hepi lagi ia.. siap dodoikan lagi baby ni.. hehe.. selepas ni mesti tergugatlah kedudukan Bibek si Patung Zirafah.. hehe..

Yaya n Baby barunya..

Disember Oh! Disember

Semua orag tengah sibuk membicarakan tarikh 12.12.12.. menarik jugalah tarikh tu.. banyak yang mengukir dan cuba mencipta kenangan terindah pada tarikh ni.. ada yang kahwin dan tak kurang pula pada ibu2 yang dah pregnent cukup bulan tu sanggup operate sebab nak dapatkan tarikh lahir yang cantik ni buat anak mereka.. sebab lepas ni memang dah x dapat tarikh yang special macam ni..

Bagi aku mungkin taklah menarik pun.. Mungkin tiada apa peristiwa yang istemewa yang boleh dikenang.. 12.12.12 hanya sekadar tarikh bagi ku..

Walaubagaimanapun.. Disember tetap di hatiku.. aku sangat suka bulan ni.. Bulan 12 bulan untuk aku bercuti bersukaria.. masa tuk aku lepaskan tension dan tenangkan fikiran setelah sepanjang tahun bergelumang ngan kerja yang sibuk sebagai seorang pendidik.. sebab bulan ni juga aku ada masa nak sambung tulis blog aku ni yang sekian lama di tinggalkan.. Bulan Disember juga jadi bulan yang amat bermakna.. 2 orang cahaya mataku lahir bulan ni..

Tak kurang juga bulan 12 ni membongkarkan segala kelemahanku.. oleh sebab tak bekerja dan hanya duk rumah.. maka ada aje aktiviti yang terlintas di fikiran.. kalau projek free takpe juga tapi mesti libatkn duit.. maka bila dah terfikir sesuatu yang nak di buat maka pemborosan juga semakin berleluasa.. wang yang disimpan sepanjang tahun licin begitu sahaja.. huhu.. tapi xpe.. duit boleh dikumpul lagi.. kepuasan tu penting.. tapi bila tgok wang dalam simpanan makin berkurang.. sesak juga hati ni.. Maka terpaksalah kebalkan juga hati ni tuk berjimat cermat..

Tak lama lagi nak balik Sabah.. ini antara plan yang dirancang pada bulan 12.. Anak2 pun dah x sabar nak balik jumpa atuk dan nenek.. terutamanya yaya.. hari2 telefon atuk n nenek utk melepas rindu.. nasib baiklah telefon guna TMnet ni murah je.. adalah sikit penjimatannya.. hihi.. jumpa lagi..

Saja nak letak gambar aku yang tak seberapa ni.. Gambar masa mengandungkan Yaya.. di photoshopkan oleh suami tersayang.. hehe..



 

Saturday, 8 December 2012

Welcome December..

Tak sedar dah sampai penghujung utk tahun 2012.. tak lama lagi muncul pula 2013.. cpatnya masa berlalu.. usia dah makin meningkat (harap lebih matang) dan anak2 juga dah dah makin besar.. dunia juga dah makin tua.. teringat pulak desas desus tentang kiamat yang berlaku 2012.. yang buat bulu rema meremang dan rasa seram.. dahlah amalan di dunia masih tak cukup lagi.. betapa bsarnya dosa hamba Allah ni.. setahun beribadah belum tentu dapat menebus dosa2 yang dilakukan sepanjang hidup ini.. Alhamdulillah.. Allah maha pengasih dan penyayang.. Dia maha mengetahui segala yang berlaku.. manusia pun xkan dapat meramal apa yang Allah rancangkan.. Syukur padaMu ya Allah kerana masih memberi lebih masa dan ruang untuk hambaMu ini untuk terus bertaubat dan menikmati hidup..