Tanggal 29 Julai, hari yang tidak akn aku lupakan seumur hidupku.. hatiku hancur berkecai..
Kebahagiaan yang aku bina rupanya atas dusta dan penipuan semata2.. apa agaknya salah aku... apa lg yang aku blum buat..? apa lagi salahku hingga berkali2dilukai begini..
Berkali kali aku berfikir dimana silapnya aku.. teruk sangat ke diri ini.. tak cukup lagi ke apa yang aku buat? orang mungkin takkan faham apa yang aku rasakan sekarang.. kepercayaanku pernah diroboh 2 kali.. namun aku berusaha membina semula kepercayaan tersebut.. sedikit demi sedikit walapun amat payah dan terseksa.. namun, belum pun habis kubina ia roboh sekali lagi.. patutkah aku membina semula kepercayaan itu buat kali ke3?
Aku pasrah jika ini ujian yang Allah berikan buat hambanya yang semakin mendekati dan mendalami agamaNya.. semoga Allah memberi kekuatan buatku untuk menghadapi ujian ini. Amin..