Saturday, 3 March 2012

Pengorbanan Seorang Suami

Pernah tak korang suruh husband korang pergi ke pasar unuk beli barang2 dapur.. bila dorang balik dr pasar mesti korang x puas hati kan?

Suami ni kadang2 kita x tahu apa yang dorang fikirkan.. selalu x teliti bila nak memilih barang dapur. Main capai je yang penting cepat siap. Di suruh beli bawang, bawang yang dorang pilih kecut2 je n banyak yang dah buruk, yang banyak kulit kering dari isi.. serai yang di beli pun yang kurus2. beli sawi yang daunnya dah hancur, kuning n layu.. beli ayam lagilah.. bukan nak pilih betul2.. suh peniaga ambik je yang mana2.. sudahnya ayam yang diberi ayam yang kepaknya kadang2 hancur.. yang pucat2 n x cantik.. bukan macam kita kaum perempuan yang selalu berhati-hati ketika mebeli barang dapur.. mmg geramlah juga..

Bukan itu sahaja.. bila suruh buat kerja rumah pun sama juga. bila suruh lipat kain.. baju anak dilipat dan disimpan bercampur-campur.. baju si anak A di simpan dalam almari si anak B. baju si anak B di simpan dalam baju anak  A. sudahnya bila nak mencari baju anak2 x jumpa. rupanya bercampur2.. alasannya x kenal mana satu baju anak ni dan baju anak tu.. maklumlah semua baju sama besar je.. kadang-kadang baju anak dijumpai bersama-sama baju orang dewasa.. basuh pinggan apatah lagi.. lepas siap basuh pinggan, sama macam lepas main masak2.. pinggan dah siap di basuh tapi air masih bertakung dalam sinki bersama-sama dengan sisa-sisa makanan. kadang2 periuk x dibasuh.. bila di tanya alasannya..'ayang suh basuh pinggan je kan, periuk tak suh basuh pun..' arrgg! geram dibuatnya.. nak tak nak terpaksalah juga kita sendiri yang buat semua kerja-kerja tu..

Tapi, sedarkah kita bahawa betapa bertuahnya kita mempunyai seorang suami sepertinya.. bukan semua suami mahu diarah dan disuruh2 oleh isterinya. Bukan semua lelaki mahu ke pasar untuk membeli barang dapur dan bukan semua lelaki suka menolong isterinya membuat kerja rumah kerana mereka x pernah pun membuat kerja2 tu sebelum kahwin dulu dan menganggap kerja-kerja rumah bukan tugas mereka dan tugas mereka hanya untuk mencari rezeki.. Bertuah kita kan.. seharusnya kita berterima kasih kepada mereka kerana sudi membantu kita meringankan beban tugasan dirumah. Semua yang mereka lakukan adalah kerana mereka sayangkan kita.. mereka menghargai apa yang kita buat selama ni. Jadi janganlah marah jika mereka tak melakukan sesuatu yg sesempurna kita harapkan.  Buat suamiku, terima kasih dinda ucapkan..