Friday, 30 December 2011

Ragam anak-anakku bahagian 1

Mengaji

Seorang ayah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama dua orang anaknya..

Kael: Papa, kael dah pandai ngaji tau..
Papa: yeke..? bacalah, papa nk dengar..
Kael: ok, dengar ya.. alif diatas a, alif bawah i, alif depan u.. a,i,u.. ba di atas ba, ba bawah bi, ba depan bu, babibu... oops! sory papa..
Papa: kenapa kael cakap sory?
Kael: Yelah, sebab kel cakap babi..
Papa: !!!!!!!!!!!
Isha: papa, isha nak tanya boleh?
Papa: apa dia? tanyalah..
Isha: kalau ba di atas ba, ba bawah bi, ba depan bu, ba di belakang nak sebut apa?
Papa: ??????!!!!!!!!!!





Main Game

Anakku Mikhail sedang main game trial dalam notebook.. tengah2 syok bermain tiba permainan terhenti

Mikhail: Mama, apasal game ni x boleh buka?
Aku: memanglah.. game tu untuk trial je.. masa dah habis.. kalau nak main kena beli..
Mikhail: Oh ye ke?

Mikhail bangun dan mendapatkan papanya..

 Mikhail: papa, Kael nak 30 sen.. bagilah kael 30 sen..
 Papa: kael nak buat apa duit 30 sen..
Mikhail: kael nak bayar game tu.. kael nak main kenalah bayar 30sen..
Papa:??????????

Aku dan suami terpingah2.. dia ingat agaknya laptop aku tu macam mesin permainan kat shopping kompleks tu agaknya.. nak main kena masukkan duit.. papanya pun bagilah 30 sen..
Dah bagi tiba2 dia datang semula..

Mikhail: papa, mengapa ni?
Rupa2nya dia sumbat syiling tu dalam lubang tuk masuk memory card.. bengang dibuatnya!!!!!!!!!!!!




Sesat jalan

Seorang ibu dan anaknya yang berusia 5 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah hendak menjemput anak yang sorang lagi d tadika berlainan.. jalan yang dilalui pulak tengah jam giler. lalu mereka sepakat nak ikut short cut melalui perumahan lama..

Ibu : Kael tau ke jalan short cut nak g sekolah isha ni?
Anak: tau sangat! (dengan wajah penuh yakin). semalam papa ikut jalan ni ngan kael.

Sampai di satu simpang..

Ibu : nak ikut jalan mana ni? kiri ke kanan?
Anak: kanan..
Ibu: betul ke?
Anak: Ha! betullah kael cakap memang inilah jalan dia..

Maka si ibu yang x biasa guna jalan tu pun ikut je kata anaknya sbb dia pun x sure nak ikut jalan yang mana satu..
Tapi, selepas spuluh minit masih x jumpa jalan keluar.. pusing2 tempat yang sama masih x jumpa juga..
Dahlah rumah2 banglo lama kat situ nampak seram semacam je sbb di kelilingi hutan..

Ibu: kael, mama rasa kita dah sesatlah!!
Anak: Ha! betullah kael kata tadi, memang sesat..
Ibu (dalam Hati): Rasanya dia yang tunjuk jalan tadi.. Huhu..

moral of the story: bertanya pada orang yang lebih berpengalaman barulah tak sesat jalan..

Saturday, 24 December 2011

Azam Tahun Baru

Assalammualaikum..
tengahari tadi dapat SMS dari Guru Besar. GB mengingatkan semua guru2 SKBR tentang mesyuarat pertama 2012 dan penyerahan borang SBPA.. ermm.. dulu masa mula2 cuti boring sangat sbb terasa lama sgt cuti nak habis.. duk plak ngan anak2 yang lasak.. aduhai..

Kini, sedar x sedar cuti sekolah dah makin berakhir.. tinggal seminggu je lagi.. dan bila sebut tentang buka sekolah.. maksudnya tahun 2011 dah pun berakhir dan tahun 2012 pun bermula.. biasa bila tahun bermula, semua orang sibuk nak buat azam.. samada azam u tercapai atau x, x kisah tapi yang penting mesti buat azam baru..

Start dah cerita tentang azam baru, apa pulak azam baru aku tahun ni ye.. actually tiap2 tahun akulah orang paling x reti buat azam coz aku tau.. aku x buat pun.. tapi kali ni aku ada satu azam dan satu harapan.. Harap2 tertunailah azam n harapan aku yang 1 ni..

Azam baru aku..
aku nak jadi seorang isteri yang lebih taat n solehah.. nak kekal bertudung n xnak tinggal sembahyang.. xnak melambat2kan solat dan kalau boleh nak qada' balik solat yang aku tinggalkan pada masa yg lepas2.. yelah.. aku ngaku dulu aku xamik berat sangat pasal tuntutan agama aku.. solat ikut dan je.. tapi.. beberapa kejadian yang aku alami benar2 menginsafkan aku.. aku juga ingin berusaha untuk menjadi isteri baik.. berusaha memahami suami dan menyediakan keperluannya dan keperluan anak2 sentiasa menggembirakan hati suami.. aku mahu dia gembira dan bertuah memiliki aku sebagai isterinya.. aku nak dia mengingati kenangan yang manis2 sahaja ketika bersama aku sehinggalah aku sudah 'tiada' kelak..

Dan ini harapan aku..
Untuk tahun 2012 ni, aku nak jadi seorang guru yang lebih rajin n bersemangat tuk mengajar.. Harap2 GB bagi aku mengajar subjek yang aku paling suka dan idam2kan selama ni walaupun hanya 1 kelas.. actually aku ni guru opsyen sains.. BI dan KH tu opsyen minor je.. aku bukan hanya sukakan sains tapi terlalu cintakan subjek ni.. kalau x, takkanlah aku nak amik jurusan sains biologi masa dekat U dulu.. aku harap aku dapat curahkan pengetahuan aku kepada murid2 aku.. aku nak mereka gembira n seronok dalam subjek sains yang aku ajar.. tapi sayangnya.. aku x diberi peluang untuk mengajar sains.. Tahun 2012, tahun yang ke7 aku bergelar seorang guru.. namun pengalaman mengajar sains terlalulah ciput.. asyik2 kena ajar BI, BM or yang lain2.. math pun pernah juga..

actually, jiwa aku bukan pada bahasa.. dulu masa zaman2 bergelar pelajar aku x suka subjek BI.. tup tap bla posting aku kna pulak mengajar BI.. aku mengaku ngan GB aku cuma boleh ajar BI tahap 1.. aku janji akan cuba tapi xjanji untuk menjadi yang terbaik.. jadi, aku mengajar syok sendiri jelah..

Hinggalah awal tahun ni (2011) sekolah kami terpilih sebagai sekolah di bawah program TELL..  Di mana kami guru2 BI tahap 1 akan dipantau oleh seorang guru Penutur jati (Mat Saleh).. dahlah kna pantau 2 minggu sekali (tapi aku selalu kna pantau seminggu sekali) malah setiap hari isnin kena pulak menghadiri kursus TPD (singkatan untuk teaching profiency development kalau aku xsilap, sekarang 2 minggu sekali). Wajib plak tu.. kalau x datang gerenti MR. Mario tu call aku..

Aku ingat lagi masa mula2 aku kena pantau ngan mat saleh ni.. semua komen yang buruk2 belaka..
Dia kata..
  • aku cakap english sama macam bila dia bercakap dalam bahasa melayu.. apa maksudnya?
  • PnP aku boring, x menarik n x exciting.. aku x reti nak buat aktiviti yang lebih menarik n kelas x terkawal...
  • pendek kata aku memang x sesuai jdi guru BI, baik mengajar subjek lain ( dia ingat ku nak sangat ajar BI ke..)
Pastu siap report lagi pasal aku kat GB, x cukup dia g hebah 1 daerah yang aku ni guru yang sangat2 teruk.. xreti ngajar, malas rancang aktiviti n byk alasan.. padahal semua tu x benar.. aku tegaskan.. aku x bersalah dalam hal ni..  dia yang selalu masuk kelas time aku tak ready.. aku dah ckap kat dia aku nak buat revision time tu tapi dia nak masuk juga.. so.. apa yang aku rancang trpaksa diubah dalam masa sejam n PNP yang dirancang dalam masa sejam mestilah x sempurna seperti Pnp yang dirancang 1 malam.. huh!!

Tapi, nasib baiklah aku ni yang jenis beringat.. aku expect dia mesti akan msuk kelas aku bila2 masa dia suka, x ikut jadual jd tiap2 har isnin n khamis aku mesti akan ready semuanya.. xkira dia nak masuk atau x aku ready je..

Pastu.. pujian dia pada aku semakin melambung2.. peningkatan aku 'like a shooting Star'.. itu yg dia kata depan GPK 1.. bru puas hati aku.. aku bukan x pandai mengajar.. aku boleh mengajar cuma dia selalu masuk time salah..

Actually, bukan aku xready, saja2 xready.. tetapi ada satu perkara yang aku x puas hati dalam kerjaya aku.. aku bosan  asyik kna mengajar subjek gantian.. maksudnya bila subjek tu x cukup guru atau gurunya tiada (cuti sakit yg pnjg or bermasalah), akulah yang kna mengajar.. kalau subjek elektif (sivik, Pj, Pend. Seni, Kajian Tptn)  aku x kisah tapi bagi plak subjek teras yang aku x tahu n xde basic nak mengajar.. contohnya BM n Math.. hanya guru opsyen yang boleh mgajar opsyen sendiri dengan baik.. aku cemburu tengok orang lain dapat ajar opsyen sendiri.. mereka gembira dapat mengaplikasikan kemahiran dorang.. kemudian dipuji2 kerana dapat mengajar dengan baik.. tapi aku.. selalu je kna komplen.. aku bosan n hilang semangat untuk mengajar... aku x dapat tunjukkan bahawa aku juga boleh menjadi guru cemerlang jika diberi peluang mengajar sains walaupun hanya 1 kelas.. kalau GB bagi aku peluang aku pasti boleh lakukan.. itu je harapan aku.. tiap2 tahun aku utarakan pada GB.. tapi alasannya.. Guru sains dah berlebih.. dan  sebab alasan ni.. tahun ni aku langsung x nak bantu mengajar kelas tambahan masa cuti tahun 6.. nasib baik GB x tnya aku.. kalau x aku mesti jawab "guru sains kan berlebih, xkan x cukup nak mengajar kelas tambahan kut"...

Bukan aku marah pd GB, cuma nak protes.. sbb aku rasa aku patut diberi peluang tapi entahlah bila peluang itu akan muncul..

Thursday, 22 December 2011

Balik Kampung..

21hb disember.. bestnye dapat balik sabah..actually balik kampung dah jadi aktiviti tahunan kami sekeluarga..
yang bestnya tiket kapal terbang MAS ditanggung spenuhnya oleh kerajaan.. so, rugilah kalau x balik kan.. hehe.. anak-anak aku seronok sangat naik dapat kapal terbang.. katanya dlm flight banyak makanan sedap2.. memang betul pun..kejap2 bagi makan.. mula2 bagi jus, pastu makan.. nasi or me.. dapat cake n coklat n lpas makan dapat ice-cream.. ummmmhh.. kalau hari2 naik kapal terbang maunya cepat gemuk..

Pastu, kalau nak apa2 just tekan loceng stewardess pasti datang melayan ngan muka paling manis.. jauh betul layanan dalam kapal terbang MAS berbanding AIR ASIA.. pendapat korang plak macammana? sayangnya dalam kapal terbang x boleh on hs.. kalau x mungkin banyak gambar boleh diupload..
 anak dara aku berposing ngan baju baru.. xsabar2 nak balik sabah jumpa nenek..
 lawanyerr..
 kael ngah packing kereta control hadiah birthday dalam beg ben10 dia..

sempat posing atas batu masa singgah breakfast kat Genting Sempah

 tgah check barding pass..

 posing atas trolley...

kael sempat posing kat KLIA..

 tiga2 tengah posing..

Boarding pass my husband.. saja dia amik gambar nak post kat FB konon2 nak tunjuk dia balik sabah..

Majlis hari jadi simple Mikhail n Aleeya..

19 hb disember 2011.. aku buat birthday parti yang ringkas hari ni.. jemput budak2 n orang2 kat taman area rumah aku ni je.. ringkas2 pun ramai juga yang datang..  Menu hari ni Sate, aku tempah 200 cucuk kat pakcik yang tinggal kat sungai pasu tu.. sdap sate dia, kuah kacang pun xpdas n bdak2 boleh makan.. selain tu ada laksa penang, nasi impit, kueh kaswir, agar-agar koktel dan bubur kacang. agar2 n bubur kacang aku buat sdri.. nasi impit aku bli yang siap bungkus jenama2 Nona..  pastu masak sdri.. laksa penang pengasuh aku tolong masak.. siap ada kuih kaswir sekali.. terima kasih banyak buat mcik t sbb ikhlas tolong aku masak.. masakan dia mmg sedap.. rugi x merasa.. aku x ambik byk gambar tp adalah sikit2 tuk dikongsi..



Ni kek aleeya.. aku tempah ngan kawan aku, cikgu Zul.. sedap kek dia buat.. 
harga RM26 + rm9(Design gambar Hello Kitty)
Kek Mikhail.. gambar Ben 10 yg besar xde.. ni gambar tuk orang buat cupcake.. yang besar xde so tepek jelah byk2 kat atas kek tu.. harga sama mcm kek hello kitty..
 aksi yaya ketika tiup lilin, tiup byk kali api xpadam juga..
hehe..

Saturday, 17 December 2011

Happy Birthday My Little Rascal..

 

Happy Birthday for my only little boy.. Farrish Mikhail. Hari ni 18hb Disember genap umurnya 5 tahun...
Masih segar dalam ingatan saat aku melahirkan dia ketika usia kandungan masih 33 minggu. Segala rasa sakit yg ditanggung selama 9 jam hilang tiba2 bila menatap wajah si kecil ni.. Masih terbayang perasaan aku ketika itu.. hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yg tahu.. beratnya hanya 2.4 kg ketika itu.. kini, xsangka dah besar pun dia.. nampak makin hensemm.. mcm papanya.. hihi..

Anyway, aku dah rancang nak buat sedikit jamuan ringkas tuk meraihkan birthday Mikhail.. tapi bukan hari ini, mungkin esok.. hadiah pun x sedia lagi.. xtau hadiah apa nak bagi kat dia.. korang rasa dia suka apa ye?


inilah dia birhday boy kita.. tapi bukan dia sorang je yang sambut hari jadi esok.. selang 2 hari lagi plak hari jadi anak aku yang bongsu.. yaya.. dah 2 tahun dah si botak ni.. haha..

uish!!! seksinyer..